SELAMAT DATANG DENGAN RAHMAT ALLAH

Sunday, April 17, 2011

FIQH SIYASAH (POLITIK)

Antara kelemahan umat ini.. adalah kegagalan memahami fiqh -fiqh Islami yang syumul. Kelemahan ini menimbulkan berbagai pendapat serta perbalahan di kalangan masyarakat baik sesama kumpulan masing-masing bahkan berlaku juga dalam kumpulan sendiri.

Diutuskan Nabi-nabi dan Rasul-Rasul AS bukan sekadar memahamkan kita fiqh ibadat, jinayat, munakahat, muamalat semata-mata.. bahkan lebih besar dari itu..

Diutuskan para Nabi dan Rasul (AS) adalah untuk mentadbir dunia ini.. itu lah hikmahnya Allah jadikan politik...

Semua ulamak-ulamak dari pelbagai mazhab termasuk mazhab yang empat mengarang kitab-kitab Fiqh Siyasah. antaranya :

1. Imam Al-Mawardi
2. Imam Asy-Syaheed Hassan Al-Banna dengan Fiqh Siyasi
3. Ibnu Khaldun dengan Muqaddimah
4. Al-Imam Ibnu Taimiyyah dengan As-Siyasah Asy-Syar'iyyah Fi Islah Ar-Ra'i Wal Ra'iyyah

Fiqh Siyasah islamiyyah disyariatkan semata-mata adalah untuk memberikan keadailan kepada seluruh makhluk di muka bumi ini. Sesuai dengan 'title ' kita sebagai Khalifah di muka bumi ini.
Takrif Amanah ... Iqamatud Din Wa Siyasatud Dunya Bihi.. Firman Allah SWT : " InnaLLaha Ya'murukum an tuaddul amanaati ila ahliha.. wa iza hakamtum bainan nas.. an tahkumu bil Adl, innal Laha ni3mma ya3idukum bih , walLahu sami3an basira.."

Adil dan amanah dalam istilah syarak bukan seperti mana kefahaman kemelayuan kita sekarang.. ianya lebih syumul  sesuai dengan Firman Allah SWT di atas.. Kefahaman melayu ttg amanah adalah bila diberi duit.. tak hilang..

Dalil / Sirah Kerjasama Kerajaan Rasulullah SAW Di Madinah :

1. Banyak suku puak di Madinah tetap mengangkat Nabi SAW sebagai pemimpin. Sahifah Madinah menjadi rujukan. Nabi SAW dan para sahabat adalah golongan minoriti pada masa itu berbanding kaum-kaum lain. Yahudi Bani Quraizah, Bani Nadhir  dan Bani Qainuqa'. Kaum Kristian dan Munafik dan sebagainya lagi. Model kerajaan Rasulullah SAW pada ketika ini bolehlah dikatakan Model Kerajaan Campuran. Walau pun Rasul SAW tidak dapat menjalankan hukum Islam kepada orang-orang bukan Islam tetapi hukum Islam kepada  orang-orang Islam. Keadilan tetap dapat diberikan kepada penduduk Madinah.

2. Kisah bagaimana Raja Najasyi yang memeluk Islam dengan beberapa orang menterinya. Mereka adalah kuasa minoriti dalam kerajaan Habsyah pada masa itu. Tidak dapat menjalankan Islam sepenuhnya. tetapi mereka mampu memberikan keadilan kepada rakyat.Yang paling menarik menurut satu riwayat yang kuat, Rasulullah saw telah mengarahkan para sahabat untuk melaksanakan Solat Jenazah ghaib ketika kemangkatan Najaashi pemerintah Habsyah. Riwayat ini secara langsung menjelaskan bahawa Najaashi adalah seorang muslim kerana Rasulullah saw melakukan Solat Jenazah ke atasnya. Di sini timbul persoalan sekiranya Najaashi seorang muslim, mengapa sebagai pemerintah Habsyah beliau tidak melaksanakan pemerintahan menurut model Negara Madinah? Sebenarnya banyak lagi persoalan-persoalan yang boleh ditimbulkan tentang peristiwa Sirah berkaitan dengan Habsyah ini, sehingga menjadi kewajipan kepada para ulama haraki masa kini untuk menerokainya.

1 comment:

  1. hanya sebagai test page.. tiada kena mengena dengan hidup atau mati.!

    ReplyDelete